Imam Hanafi dilahirkan pada tahun 80 Hijrah  bertepatan tahun 699 Masehi di sebuah kota bernama Kufah. Nama yang  sebenarnya ialah Nu’man bin Tsabit bin Zautha bin Maha. Kemudian masyhur  dengan gelaran Imam Hanafi. Imam Abu Hanafih adalah seorang imam Mazhab  yang besar dalam dunia Islam. Dalam empat mazhab yang terkenal tersebut  hanya Imam Hanafi yang bukan orang Arab. Beliau keturunan Persia atau  disebut juga dengan bangsa Ajam. Pendirian beliau sama dengan pendirian  imam yang lain, iaitu sama-sama menegakkan Al-Quran dan sunnah Nabi SAW.
Kemasyhuran nama tersebut  menurut para ahli sejarah ada beberapa sebab:
1. Kerana ia mempunyai seorang anak laki-laki yang bernama Hanifah, maka ia diberi julukan dengan Abu Hanifah.
2. Kerana semenjak kecilnya sangat tekun belajar dan menghayati setiap yang dipelajarinya, maka ia dianggap seorang yang hanif (kecenderungan/condong) pada agama. Itulah sebabnya ia masyhur dengan gelaran Abu Hanifah.
3. Menurut bahasa Persia, Hanifah bererti tinta. Imam Hanafi sangat rajin menulis hadith-hadith, ke mana, ia pergi selalu membawa tinta. Kerana itu ia dinamakan Abu Hanifah.
1. Kerana ia mempunyai seorang anak laki-laki yang bernama Hanifah, maka ia diberi julukan dengan Abu Hanifah.
2. Kerana semenjak kecilnya sangat tekun belajar dan menghayati setiap yang dipelajarinya, maka ia dianggap seorang yang hanif (kecenderungan/condong) pada agama. Itulah sebabnya ia masyhur dengan gelaran Abu Hanifah.
3. Menurut bahasa Persia, Hanifah bererti tinta. Imam Hanafi sangat rajin menulis hadith-hadith, ke mana, ia pergi selalu membawa tinta. Kerana itu ia dinamakan Abu Hanifah.
Waktu ia dilahirkan,  pemerintahan Islam berada di tangan Abdul Malik bin Marwan, dari  keturunan Bani Umaiyyah kelima. Kepandaian Imam Hanafi tidak diragukan  lagi, beliau mengerti betul tentang ilmu fiqih, ilmu tauhid, ilmu kalam,  dan juga ilmu hadith. Di samping itu beliau juga pandai dalam ilmu  kesusasteraan dan hikmah.
Imam Hanafi adalah seorang hamba Allah yang bertakwa dan  soleh, seluruh waktunya lebih banyak diisi dengan amal ibadah. Jika  beliau berdoa matanya bercucuran air mata demi mengharapkan keredhaan  Allah SWT. Walaupun demikian orang-orang yang berjiwa jahat selalu  berusaha untuk menganiaya beliau.
Sifat keberanian beliau adalah berani menegakkan dan  mempertahankan kebenaran. Untuk kebenaran ia tidak takut sengsara atau  apa bahaya yang akan diterimanya. Dengan keberaniannya itu beliau selalu  mencegah orang-orang yang melakukan perbuatan mungkar, kerana menurut  Imam Hanafi kalau kemungkaran itu tidak dicegah, bukan orang yang  berbuat kejahatan itu saja yang akan merasakan akibatnya, melainkan  semuanya, termasuk orang-orang yang baik yang ada di tempat tersebut
Sebahagian dilukiskan dalam  sebuah hadith Rasulullah SAW bahawa bumi ini diumpamakan sebuah bahtera  yang didiami oleh dua kumpulan. Kumpulan pertama adalah terdiri  orang-orang yang baik-baik sementara kumpulan kedua terdiri dari yang  jahat-jahat. Kalau kumpulan jahat ini mahu merosak bahtera dan kumpulan  baik itu tidak mahu mencegahnya, maka seluruh penghuni bahtera itu akan  binasa. Tetapi sebaliknya jika kumpulan yang baik itu mahu mencegah  perbuatan orang-orang yang mahu membuat kerosakan di atas bahtera itu,  maka semuanya akan selamat.
Sifat Imam Hanafi yang lain adalah menolak kedudukan  tinggi yang diberikan pemerintah kepadanya. Ia menolak pangkat dan  menolak wang yang dibelikan kepadanya. Akibat dari penolakannya itu ia  ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Di dalam penjara ia diseksa,  dipukul dan sebagainya.
Gubernur di Iraq pada waktu itu berada di tangan Yazid  bin Hurairah Al-Fazzari. Selaku pemimpin ia tentu dapat mengangkat dan  memberhentikan pegawai yang berada di bawah kekuasaannya. Pernah pada  suatu ketika Imam Hanafi akan diangkat menjadi ketua urusan  perbendaharan negara (Baitul mal), tetapi pengangkatan itu ditolaknya.  Ia tidak mahu menerima kedudukan tinggi tersebut. Sampai berulang kali  Gabenor Yazid menawarkan pangkat itu kepadanya, namun tetap ditolaknya.
Pada waktu yang lain Gabenor  Yazid menawarkan pangkat Kadi (hakim) tetapi juga ditolaknya. Rupanya  Yazid tidak senang melihat sikap Imam Hanafi tersebut. Seolah-olah Imam  Hanafi memusuhi pemerintah, kerana itu timbul rasa curiganya. Oleh  kerana itu ia diselidiki dan diancam akan dihukum dengan hukum dera.  Ketika Imam Hanafi mendengar kata ancaman hukum dera itu Imam Hanafi  menjawab: “Demi Allah, aku tidak akan mengerjakan jabatan yang  ditawarkan kepadaku, sekalipun aku akan dibunuh oleh pihak kerajaan.”  Demikian beraninya Imam Hanafi dalam menegakkan pendirian hidupnya.
Pada suatu hari Yazid  memanggil para alim ulama ahli fiqih yang terkemuka di Iraq, dikumpulkan  di muka istananya. Di antara mereka yang datang ketika itu adalah Ibnu  Abi Laila. Ibnu Syblamah, Daud bin Abi Hind dan lain-lain. Kepada  mereka, masing-masing diberi kedudukan rasmi oleh Gabenor.
Ketika itu gabenor menetapkan  Imam Hanafi menjadi Pengetua jawatan Sekretari gabenor. Tugasnya adalah  bertanggungjawab terhadap keluar masuk wang negara. Gabenor dalam  memutuskan jabatan itu disertai dengan sumpah, “Jika Abu Hanifah tidak  menerima pangkat itu nescaya ia akan dihukum dengan pukulan.”
Walaupun ada ancaman seperti  itu, Imam Hanafi tetap menolak jawatan itu, bahkan ia tetap tegas,  bahawa ia tidak mahu menjadi pegawai kerajaan dan tidak mahu campur  tangan dalam urusan negara.
Kerana sikapnya itu, akhirnya ditangkap oleh gabenor.  Kemudian dimasukkan ke dalam penjara selama dua minggu, dengan tidak  dipukul. Lima belas hari kemudian baru dipukul sebanyak 14 kali pukulan,  setelah itu baru dibebaskan. Beberapa hari sesudah itu gabenor  menawarkan menjadi kadi, juga ditolaknya. Kemudian ditangkap lagi dan  dijatuhi hukuman dera sebanyak 110 kali. Setiap hari didera sebanyak  sepuluh kali pukulan. Namun demikian Imam Hanafi tetap dengan  pendiriannya. Sampai ia dilepaskan kembali setelah cukup 110 kali  cambukan.
Walaupun  demikian ketika Imam Hanafi diseksa ia sempat berkata. “Hukuman dera di  dunia lebih ringan daripada hukuman neraka di akhirat nanti.” Ketika ia  berusia lebih dari 50 tahun, ketua negara ketika itu berada di tangan  Marwan bin Muhammad. Imam Hanafi juga menerima ujian. Kemudian pada  tahun 132 H sesudah dua tahun dari hukuman tadi terjadilah pergantian  pimpinan negara, dari keturunan Umaiyyah ke tangan Abbasiyyah, ketua  negaranya bernama Abu Abbas as Saffah.
Pada tahun 132 H sesudah Abu Abbas meninggal dunia  diganti dengan ketua negara yang baru bernama Abi Jaafar Al-Mansur,  saudara muda dari Abul Abbas as Saffah. Ketika itu Imam Abu Hanifah  telah berumur 56 tahun. Namanya masih tetap harum sebagai ulama besar  yang disegani. Ahli fikir yang cepat dapat menyelesaikan sesuatu  persoalan.
Suatu hari  Imam Hanafi mendapat panggilan dari baginda Al-Mansur di Baghdad, supaya  ia datang mengadap ke istana. Sesampainya ia di istana Baghdad ia  ditetapkan oleh baginda menjadi kadi (hakim) kerajaan Baghdad. Dengan  tawaran tersebut, salah seorang pegawai negara bertanya: “Adakah guru  tetap akan menolak kedudukan baik itu?” Dijawab oleh Imam Hanafi “Amirul  mukminin lebih kuat membayar kifarat sumpahnya daripada saya membayar  sumpah saya.”
Kerana  ia masih tetap menolak, maka diperintahkan kepada pengawal untuk  menangkapnya, kemudian dimasukkan ke dalam penjara di Baghdad. Pada saat  itu para ulama yang terkemuka di Kufah ada tiga orang. Salah satu di  antaranya ialah Imam Ibnu Abi Laila. Ulama ini sejak pemerintahan Abu  Abbas as Saffah telah menjadi mufti kerajaan untuk kota Kufah. Kerana  sikap Imam Hanafi itu, Imam Abi Laila pun dilarang memberi fatwa.
Pada suatu hari Imam Hanafi  dikeluarkan dari penjara kerana mendapat panggilan dari Al-Mansur,  tetapi ia tetap menolak. Baginda bertanya, “Apakah engkau telah suka  dalam keadaan seperti ini?”
Dijawab oleh Imam Hanafi: “Wahai Amirul Mukminin semoga  Allah memperbaiki Amirul Mukminin.
Wahai Amirul Mukminin, takutlah kepada Allah, janganlah bersekutu dalam kepercayaan dengan orang yang tidak takut kepada Allah. Demi Allah saya bukanlah orang yang boleh dipercayai di waktu tenang, maka bagaimana saya akan dipercayai di waktu marah, sungguh saya tidak sepatutnya diberi jawatan itu.”
Wahai Amirul Mukminin, takutlah kepada Allah, janganlah bersekutu dalam kepercayaan dengan orang yang tidak takut kepada Allah. Demi Allah saya bukanlah orang yang boleh dipercayai di waktu tenang, maka bagaimana saya akan dipercayai di waktu marah, sungguh saya tidak sepatutnya diberi jawatan itu.”
Baginda berkata lagi: “Kamu  berdusta, kamu patut dan sesuai memegang jawatan itu.” Dijawab oleh Imam  Hanafi: “Amirul Mukminin, sungguh baginda telah menetapkan sendiri,  jika saya benar, saya telah menyatakan bahawa saya tidak patut memegang  jawatan itu. Jika saya berdusta, maka bagaimana baginda akan mengangkat  seorang maulana yang dipandang rendah oleh bangsa Arab. Bangsa Arab  tidak akan rela diadili seorang golongan hakim seperti saya.”
Pernah juga terjadi, baginda  Abu Jaffar Al-Mansur memanggil tiga orang ulama besar ke istananya,  iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Sufyan ats Tauri dan Imam Syarik an  Nakhaei. Setelah mereka hadir di istana, maka ketiganya ditetapkan untuk  menduduki pangkat yang cukup tinggi dalam kenegaraan, masing-masing  diberi surat pelantikan tersebut.
Imam Sufyan ats Tauri diangkat menjadi kadi di Kota  Basrah, lmam Syarik diangkat menjadi kadi di ibu kota. Adapun Imam  Hanafi tidak mahu menerima pengangkatan itu di manapun ia diletakkan.  Pengangkatan itu disertai dengan ancaman bahawa siapa saja yang tidak  mahu menerima jawatan itu akan didera sebanyak l00 kali deraan.
Imam Syarik menerima jawatan  itu, tetapi Imam Sufyan tidak mahu menerimanya, kemudian ia melarikan  diri ke Yaman. Imam Abu Hanifah juga tidak mahu menerimanya dan tidak  pula berusaha melarikan diri.
Oleh sebab itu Imam Abu Hanifah dimasukkan kembali ke  dalam penjara dan dijatuhi hukuman sebanyak 100 kali dera. Setiap pagi  dipukul dengan cambuk sementara dileher beliau dikalung dengan rantai  besi yang berat.
Suatu  kali Imam Hanafi dipanggil baginda untuk mengadapnya. Setelah tiba di  depan baginda, lalu diberinya segelas air yang berisi racun. Ia dipaksa  meminumnya. Setelah diminum air yang beracun itu Imam Hanafi kembali  dimasukkan ke dalam penjara. Imam Hanafi wafat dalam keadaan menderita  di penjara ketika itu ia berusia 70 tahun.
Imam Hanafi menolak semua tawaran yang diberikan oleh  kerajaan daulah Umaiyyah dan Abbasiyah adalah kerana beliau tidak sesuai  dengan corak pemerintahan yang mereka kendalikan. Oleh sebab itu mereka  berusaha mengajak Imam Hanafi untuk bekerjasama mengikut gerak langkah  mereka, dan akhirnya mereka seksa hingga meninggal, kerana Imam Hanafi  menolak semua tawaran yang mereka berikan.
Sepanjang riwayat hidupnya, beliau tidak dikenal dalam  mengarang kitab. Tetapi madzab beliau Imam Abu Hanifah atau madzab  Hanafi disebar luaskan oleh murid-murid beliau. Demikian juga  fatwa-fatwa beliau dituliskan dalam kitab-kitab fikih oleh para murid  dan pengikut beliau sehingga madzab Hanafi menjadi terkenal dan sampai  saat ini dikenal sebagai salah satu madzab yang empat. Di antara murid  beliau yang terkenal adalah Muhammad bin Al-Hassan Al-Shaibani, yang  merupakan guru dari Imam Syafi’iy.



11/27/2010 04:12:00 PM
Annaz Aufa
 Posted in:  



0 komentar:
Posting Komentar