Pada  suatu hari Uqa'il bin Abi Thalib telah pergi bersama-sama dengan Nabi  Muhammad S.A.W. Pada waktu itu Uqa'il telah melihat berita ajaib yang  menjadikan tetapi hatinya tetap bertambah kuat di dalam Islam dengan  sebab tiga perkara tersebut. Peristiwa pertama adalah, bahawa Rasulullah  S.A.W akan mendatangi hajat yakni mebuang air besar dan di hadapannya  terdapat beberapa batang pohon. Maka baginda S.A.W berkata kepada  Uqa'il, "Hai Uqa'il teruslah engkau berjalan sampai ke pohon itu, dan  katalah kepadanya, bahawa sesungguhnya Rasulullah berkata; Agar kamu  semua datang kepadanya untuk menjadi aling-aling atau penutup baginya,  kerana sesungguhnya baginda akan mengambil air wuduk dan buang air  besar." 
Uqa'il  pun keluar dan pergi mendapatkan pohon-pohon itu dan sebelum dia  menyelesaikan tugas itu ternyata pohon-pohon suda tumbang dari akarnya  serta sudah mengelilingi di sekitar baginda S.A.W selesai dari hajatnya.  Maka Uqa'il kembali ke tempat pohon-pohon itu. 
Peristiwa kedua adalah, bahawa Uqa'il berasa haus dan  setelah mencari air ke mana pun jua namun tidak ditemui. Maka baginda  S.A.W berkata kepada Uqa'il bin Abi Thalib, "Hai Uqa'il, dakilah gunung  itu, dan sampaikanlah salamku kepadanya serta katakan, "Jika padamu ada  air, berilah aku minum!" 
Uqa'il lalu pergilah mendaki gunung  itu dan berkata kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan baginda itu.  Maka sebelum ia selesai berkata, gunung itu berkata dengan fasihnya,  "Katakanlah kepada Rasulullah, bahawa aku sejak Allah S.W.T menurunkan  ayat yang bermaksud : ("Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu  beserta keluargamu dari (seksa) api neraka yang umpannya dari manusia  dan batu)." "Aku menangis dari sebab takut kalau aku menjadi batu itu  maka tidak ada lagi air padaku." 
Peristiwa yang ketiga ialah, bahawa  ketika Uqa'il sedang berjalan dengan Nabi, tiba-tiba ada seekor unta  yang meloncat dan lari ke hadapan rasulullah, maka unta itu lalu  berkata, "Ya Rasulullah, aku minta perlindungan darimu." Unta masih  belum selesai mengadukan halnya, tiba-tiba datanglah dari belakang  seorang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus.Melihat orang Arab  kampung dengan membawa pedang terhunus. 
Melihat  orang Arab kampung itu, Nabi Muhammad S.A.W berkata, "Hendakl mengapakah  kamu terhadap unta itu ?" 
Jawab orang kampungan itu, "Wahai  Rasulullah, aku telah membelinya dengan harta yang mahal, tetapi dia  tidak mahu taat atau tidak mau jinak, maka akan kupotong saja dan akan  kumanfaatkan dagingnya (kuberikan kepada orang-orang yang memerlukan)."  Rasulullah S.A.W bertanya, "Mengapa engkau menderhakai dia ?" 
Jawab unta itu, "Wahai Rasulullah,  sungguh aku tidak menderhakainya dari satu pekerjaan, akan tetapi aku  menderhakainya dari sebab perbuatannya yang buruk.. Kerana kabilah yang  dia termasuk di dalam golongannya, sama tidur meninggalkan solat Isya'.  Kalau sekiranya dia mahu berjanji kepada engkau akan mengerjakan solat  Isay' itu, maka aku berjanji tidak akan menderhakainya lagi. Sebab aku  takut kalau Allah menurunkan seksa-Nya kepada mereka sedang aku berada  di antara mereka." 
Akhirnya Nabi Muhammad S.A.W mengambil  perjanjian orang Arab kampung itu, bahawa dia tidak akan meninggalkan  solat Isya'. Dan baginda Nabi Muhammad S.A.W menyerahan unta itu  kepadanya. Dan dia pun kembali kepada keluarganya.



12/15/2010 02:00:00 PM
Annaz Aufa

 Posted in:  



2 komentar:
eh seronok pulak blog nih :) mai jemput la blog kite jgk :)
@Ryo-chan Inchiban Kakkoi desuOk ditunggu ya :)
Posting Komentar